Saturday 18 June 2011

sekuat cinta..>part 3

Amira yang masih menyiapkan diri untuk ke pejabat nya terganggu akibat bunyi ketukan yang kuat dari arah pintu hadapan rumahnya.
'Iee.siapa lah pagi2 ni buat bising aje lah!'rungut nya perlahan.
Setibanya dia didepan pintu rumahnya,alangkah terkejut apabila melihat Haikal yang termengah-mengah.
'Hey.!apa yang kau buat kat sini pagi2 ni?'tanya Amira dengan nada terkejut.
'Aku nampak Isya tadi.!'
'Apa??biar betul kau ni?perasaan kau tu je kot'
'Xmungkin!Aku lihat sendiri dengan mata aku.Aku tengok dia kat tepi jalan time aku nak pergi kerja tadi'Terang Haikal bersungguh-sungguh.Memang benar bayangan Qalesya yang dilihat nya tadi.
'Hmm..kalau tu betul,kenapa kau xkejar dia dari tadi lagi?kenapa kau biarkan dia pergi??'Marah Amera seolah-olah Haikal yang melakukan kesilapan.
'Aku xsempat!Aku dah panggil,tapi bayang2 dia semakin hilang.'
'Hmm..Habis tu kau nak tunggu dia balik kat kau?Jangan harap la..Dah berbulan dia pergi,satu khabar berita pun kita xdapat.Xmungkin penculik isteri kau tu culik dia tanpa sebab!Biasanya diorang nak kan tebusan,tapi sekarang ni..hmmm.Aku xtahu lah..'Terang Amera lemah.
'Maksud kau,Isya lari?Isya lari dari kita semua??Xmungkin la..Aku kenal dia.Dia xmungkin buat orang disekelilingnya risau macam sekarang ni.'Haikal sedaya upaya menafikan.
'Hmm..ikot suka hati kau lah..Tapi hati aku kuat berkata macam tu.Mungkin hati aku betul dan mungkin sebalik nya.Emm aku da lewat ni nak pergi kerja.Kau balik la dulu.Kita bincang lain kali.Assalamualaikum.'Amera terus menutup pintu tanpa sempat Haikal berkata.Sebenarnya dia sedih mengenangkan Qalesya,sahabat baik nya itu.Dia tidak tahan berdepan dengan Haikal yang sentiasa mencari nya untuk memberi khabar tentang Qalesya.Dia tidak kuat untuk itu.Dia terlalu rindu kan Qalesya.Teman susah senang nya itu.

Sudah dua bulan lebih Qalesya terperap dibilik kosong itu.Tanpa khabar berita tentang kaluarganya.Begitu sedih dirasakan ketika ini.Terlalu perit untuk ditelan satu persatu,namun ditelan jua.
'Ya Allah..Tabahkan lah hati hambamu ini menerima cobaan mu.Aku redha jikalau ini adalah tempatku.Aku redha jikalau menamatkan riwayatku ditempat ini.Aku bersyukur Ya Allah kerana engkau telah mengkurniakan kehidupan yang cukup sempurna sebelum ini.Engkau selamatkan keluargaku diluar sana.Enkau lindungilah mereka Ya Allah.Hanya Engkau tempat hambamu yang lemah ini mengadu.Amin Ya Rabbal Alamin..'Berdoa nya penuh khusyuk.Tanpa disedari ada dua pasang mata yang memandang nya.
Terharu yang dirasakan Hisyam ketika itu.
'Beruntung kau Haikal.Kau dapat isteri yang sentiasa mendoakan kau walaupun dia sendiri yang menghadapi kesusahan'lembut bunyi nya.Namun perasaan itu hanya sementara.Ada yang lebih cepat bertindak.Perasaan meluatnya melihat Qalesya kembali lagi diatas hasutan iblis2 yang durjana.
'Apa aku kisah!Dia berdoa ke x ke,tetap sama.Haikal akan terima balasan atas perbuatan yang dia lakukan kat aku dulu!Sampai mati aku xakan maafkan kau!Nyawa isteri kesayangan kau ada dalam tanganku.Hahaha'Perasaan iblis nya kembali.Berderai ketawa nya hingga didengari Qalesya yang berada didalam bilik usang itu.Jikalau tiada hasutan iblis yang durjana itu,mungkin Hisyam tidak memperlakukan perbuatan yang seperti itu.

'Emm..Awak..boleh tolong saya?'tanya Qalesya tergagap-gagap.
'Apa?Kau nak apa?'Jawab Hisyam kasar.
'Saya nak tahu macam mana keluarga saya sekarang.Dah lama saya xdengar berita dari diorang..Boleh x?'Sehabis berkata begitu,Qalesya terus menunduk tanda takut.
'Oow..Kau ingat aku ni siapa?Nak jadi spy kau?'
'Emm.xpela kalau xboleh.Saya hanya tanya je.'
'Nantilah aku cari diorang.'
'Terima kasih Hisyam..'Ucapnya begitu senang.Senyumannya tidak lekang dari bibir,dan senyumannya itulah yang membuatkan Hisyam terkesima.Begitu manis senyumannya itu.Mampu mencairkan sesiapa yang sedang mrah.
Hisyam terus berlalu meninggalkan Qalesya sendirian.Dalam mindanya,senyuman Qalesya masih terpaku kukuh diingatnnya.Senyuman itulah yang mampu meencairkan hati Hisyam yang dianggap keras seperti batu.Qalesya lah air panasnya.

1 comment: